Pertahan Malaysia Daripada Menjadi Negara Liberal Demokratik

Kajang – Malaysia perlu menjadi negara bebas dan merdeka daripada pengaruh dan telunjuk asing terutamanya agenda Zionis antarabangsa.

Usaha Zionis menjadikan Malaysia sebagai negara liberal demokratik perlu ditentang bagi mempertahankan jati diri dan identiti negara yang bercirikan Melayu selaku kaum penduduk asal dan Islam selaku agama yang dijulang tinggi.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Zionis melalui agen, media dan sekutunya tidak akan berhenti berusaha meleburkan identiti Malaysia sebagai negara Islam.

“Selagi mana Malaysia belum menjadi negara liberal demokratik, selagi itu Malaysia akan terus diasak dengan pelbagai saluran. Apabila Malaysia menjadi liberal-demokratik, kononnya ketika itu kuasa rakyat dikembalikan dan rakyat berhak memilih masa depannya, namun pada hakikatnya mereka yang berpengaruh akan menceduk keuntungan daripada suasana tersebut dengan menerapkan agenda yang bercanggah sehingga merubah identiti Melayu Islam negara ini,” kata beliau.

Ustaz Abdullah berkata demikian dalam ucapannya di majlis berbuka puasa anjuran Biro Luar Negara (BLN) di sini baru-baru ini.

“Kita mahu Malaysia bebas dan merdeka dan ditadbir sendiri oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal. Desakan yang mahu Malaysia berubah identiti perlu ditolak.

“Kejadian di Palestin menjadi pengajaran kepada kita, selaku tuan tanah kita wajib mempertahankan tanah daripada cengkaman asing,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.