Pencuri Bodoh Kantoi, Lepas Muat Naik Gambar Di Facebook

West Frankfort – Polis yang menyiasat kes mencuri pakaian dan barang kemas dari sebuah butik di selatan Illinois menahan seorang wanita selepas dia memuat naik gambarnya memakai barang curi itu di Facebook.

Stesen televisyen tempatan melaporkan polis menangkap Danielle Saxton, 27, atas tuduhan mencuri.

Pemilik butik berkenaan sebelum itu bertindak memuat naik barangan yang dicuri Danielle ke laman Facebooknya.

Kurang dua jam selepas itu, ada pengunjung laman itu mengirim pautan yang dimuatnaikkan Danielle dengan gambarnya memakai satu daripada baju yang dilapor dicuri.

Danielle turut menulis ‘Love my dress’ (Suka baju saya) pada gambar itu.

“Saya menelefon polis mengenai perkara itu dan mereka terus ke rumah wanita berkenaan untuk menangkapnya,” kata pemilik butik, Gay Williams Morton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.