Orang Kaya Menyamar Sebagai Pengemis, DItangkap Polis

Yanbu – Polis Arab Saudi menangkap seorang lelaki Arab kerana mengemis, walaupun dia mempunyai wang simpanan SR1.2 juta (RM1.01 juta) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda mewah, lapor agensi berita The Express.

Jurucakap polis, Kolonel Fahd Al Ghannam, berkata lelaki itu yang namanya tidak didedahkan, adalah warga negara Teluk yang melawat Saudi menggunakan visa pelancong bersama isteri dan tiga anaknya.

Mereka didapati menginap di sebuah pangsapuri mewah di Yanbu, sebuah bandar di barat Saudi.

“Kami menemui sejumlah besar wang padanya dan resit deposit wang. Jumlah yang dimilikinya lebih SR1.2 juta (RM1.1 juta) dan sebuah kenderaan mahal.

“Kami juga mendapati, dia tinggal bersama-sama keluarganya di sebuah pangsapuri mewah. Dia ditangkap kerana mengemis di jalan raya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.