Najib Tersentuh Dengan Kata-kata Semangat Sempena Hari Lahir

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih atas ingatan pelbagai pihak yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir bersempena ulang tahun ke-61 beliau, semalam.

“Terima kasih untuk semua ucapan hari jadi. Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada anda semua tatkala kita sedang bersedih.

“Semoga Allah merahmati Malaysia,” katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau.

Ungkapan ‘tatkala kita sedang bersedih” itu pastinya merujuk kepada tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis malam lepas.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh, dan mengorbankan 298 orang termasuk 15 kru.

Kerajaan Malaysia dan MAS kini menumpukan kepada semua sumber yang ada dalam usaha mendapatkan mayat mangsa nahas MH17.

Usaha itu membuahkan hasil apabila Perdana Menteri berjaya mencapai persetujuan dengan Ketua Pemisah pro-Rusia di kawasan itu, Alexander Borodai, pada Isnin lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.