MH17: Jenazah Akan Disolatkan Di Masjid KLIA

Kuala Lumpur – Jenazah penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang beragama Islam akan disolatkan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Menyatakan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenazah berkenaan akan dibawa terus ke masjid itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Semua kenderaan jenazah telah disediakan secukupnya dan diselaraskan secara bersama oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, Perbadanan Putrajaya juga bersedia untuk menyediakan tempat pengkebumian di Presint 20 Putrajaya sekiranya ada permintaan.

Mengenai Solat Jenazah Ghaib, Jamil Khir berkata, setelah jenazah Muslim selesai dimandi dan dikafankan oleh pasukan petugas Malaysia di Amsterdam, maka kerajaan Malaysia boleh mengisytiharkan Solat Jenazah Ghaib diadakan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.