Bas Ekspres Rentung

Kuantan – Seramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut, selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis.

“Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar, pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan, sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang turun dari kenderaan berkenaan.

“Hasil tindakan pantas itu, kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.