Bagaimana jika Kiki ‘Wanita Stering Lock’ Cina? – Zam

Kuala Lumpur – Apakah yang akan berlaku jika pihak dihukum dalam kes seperti pembulian jalan raya terkenal melibatkan Siti Fairah Asyikin Kamaruddin berbangsa Cina?

Perkara itu ditimbulkan oleh bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai reaksi kepada hukuman mahkamah kepada Siti Fairah atau Kiki dalam kesnya dengan warga emas Sim Siak Heong.

“Saya mengucapkan tahniah di atas kepantasan pihak berkenaan membawa kes ini ke mahkamah dengan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh tetapi saya terfikir bagaimanakah reaksi akhbar akhbar Cina, media sosial Cina, parti parti perkauman Cina, NGO Cina jika yang terhukum itu seorang Cina.

“Tidakah mereka akan meanggap hukuman itu sebagai bersifat perkauman kerana melihatnya sebagai suatu kes yang kecil sahaja,” kata Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Dalam blognya, Zainuddin berkata, hal itu tidak mustahil berbangkit jika menimbangkan Teoh Beng Hock yang dibangkitkan DAP Lim Kit Siang sebagai pembunuhan.

“Jika sekiranya tindakan terhadap kes kecil Kiki bagitu cepat maka berapa tahunkah lagi tindakan akan diambil terhadap kes besar Lim Kit Siang setelah siasatan dijalankan terhadapnya di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Justeru, soal Zam, adakah ketua polis negara akan membiarkan siasatan kes itu dijadikan isu politik yang berpanjangan sehingga menimbulkan ketakutan peguam negara untuk mengambil tindakan atau “melewat-lewatkannya sehingga ia dilupakan ingatan umum”.

“Ini adalah imej popular peguam negara,” katanya lagi.

Kini kelmarin didenda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat masyarakat 240 jam oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah merosakkan kereta Sim, 61, di Kuantan pada 14 Julai lalu, menyebabkan kerugian RM500.

Kiki didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!