Azizah Sebagai MB Selangor: PAS Akan Buat Keputusan Lepas Raya

Kuala Lumpur – PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Bagi PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan memainkan peranan dalam hal ehwal di peringkat negeri Selangor sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

“Saya tidak akan ada apa-apa jawatan, dan saya akan lepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana ramai lagi yang lebih layak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.