GRS dijangka tanding 53 kerusi, 20 lagi PH – Masiung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka bertanding sekurang-kurangnya 53 kerusi pada PRN akan datang, manakala Pakatan Harapan (PH) menyasarkan 20 kerusi bawah pakatan pilihan raya mereka, kata seorang pemimpin GRS.

Daily Express melaporkan Datuk Masiung Banah, naib presiden komponen utama GRS, Parti Gagasan Rakyat Sabah, bagaimanapun berkata rundingan pengagihan kerusi masih diadakan.

Menurutnya, sebahagian daripada lapan komponen GRS tidak mengemukakan senarai calon cadangan mereka

“Pengagihan kerusi masih dirundingkan. Tetapi, GRS perlu bertanding sekurang-kurangnya 53 kerusi, manakala PH mungkin bertanding baki 20 kerusi.

“Perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Presiden GRS-PH akan datang,” katanya menurut Daily Express.

Adun Kuamut itu berkata, beliau tidak terbabit secara langsung dalam mesyuarat GRS, tetapi Pengerusi gabungan berkenaan dan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkembangan terkini.

Bulan lalu, sekretariat kerajaan perpaduan mengumumkan Barisan Nasional (BN) dan PH setuju bekerjasama menghadapi PRN Sabah akan datang susulan pertemuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji mengugut GRS akan bertanding solo jika kerjasama itu dimuktamadkan, tetapi Anwar tampil menggesa PH-BN bekerjasama dengan gabungan Sabah itu.

Ketua BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan berkata, gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan GRS untuk PRN akan datang, tetapi akan mempertimbangkan kerjasama hanya selepas keputusan PRN diumumkan.

Masiung dilaporkan berkata, GRS pun berhasrat berbuat demikian.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat