PAS Jadi Kafir Kerana Kerjasama Dengan UMNO – Dr Mahathir

BANGKOK — Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu.

Dengan nada sinis, Perdana Menteri itu berkata PAS sebelum ini mengisytiharkan ahli Umno sebagai kafir dan PAS seharusnya mengisytiharkan Umno “Islam”.

“Tetapi sampai sekarang, PAS tidak kata apa-apa. Dahulu dia (PAS) kata Umno kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, PAS tidak kata pula Umno itu kafir.

“PAS kerjasama dengan Umno, dia sendiri jadi kafir,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34.

Semalam, Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan Umno.

Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata PAS tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).

Kali terakhir PAS mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah didakwa berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015. — Bernama

Lain-Lain Berita Menarik;-

Baca! Video: Penjaga Pintu Syurga Halau Najib Masuk Ke Neraka, Kata Mahathir

Baca! Video: “Suami Larang Saya Bertudung” – Dr Siti Hasmah

Baca! Setiausaha Politik Saya Hanya Dituduh Kes Rasuah, Tidak Bermakna Dia Salah – Dr Mahathir

Baca! Ada Puak Parasit, Tahi Kucing Dalam PH Mahu Gulingkan Dr Mahathir, Kata Khairuddin

Baca! Nilai Ringgit Jatuh Bukan Kerana PH Tapi Disebabkan Donald Trump – Dr Mahathir

Baca! Nilai Ringgit Merudum, Dulu Salahkan Najib Kini Mahathir Salahkan Ekonomi Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.