Keputusan Pemilihan Sayap Bukti Ketelusan UMNO

KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan Sayap-sayap Pergerakan UMNO bagi penggal 2018/21 ini menunjukkan parti sudah bersedia untuk membuat pembaharuan, seterusnya memastikan ianya terus relevan dalam pentas politik tanah air, kata Pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya lagi, pemilihan itu memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif, yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan.

“Pemilihan terbuka di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding semua jawatan. Keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu yang diputuskan oleh UMNO baru-baru ini adalah ‘mother of all democracy’ dalam sejarah pemilihan UMNO sejak 1988.

“Inilah pembaharuan UMNO sekarang. Inilah langkah pertama menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air,” katanya lagi.

Ahmad Zahid, yang juga bakal dicabar Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden, menyeru agar kesemua ahli parti untuk terus berusaha memperkukuhkan dan merelevankan UMNO di hati rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Bumiputera. – Awani

3 thoughts on “Keputusan Pemilihan Sayap Bukti Ketelusan UMNO

  • June 25, 2018 at 1:49 am
    Permalink

    buatlah apa2 pun tak jadi apa….. dah rosak… huruhara mcm nak rak…. kepuh kecuh…. derai bak debu…muak benci….meluat… punah …musnah… nama dah rosak…. tak hairan pun…. tunggulah satu satu terbukti nanti tak sempat pegang apa2 jawatan pun….pati sapa yg dulu dapat tender….! jgn wat2 lupa lak…. mudah2an yg korupsi dapat disiasat dan didakwa….dah rosak teruk dah……!

    Reply
  • June 25, 2018 at 9:57 pm
    Permalink

    telus hahaha….rosak dah….musnah hancur bak debu….. buat apa pun tak jadi apa…… muak meluat …dah rosak……. kecuh kepuh,,,,takda modal….. hahaha…..rosak dah…

    Reply
  • June 25, 2018 at 9:59 pm
    Permalink

    kasihan umno ni…..telus lah sangat…..korup pun kuat…..dah rosak dah….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.