Grab Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Pemandu Grab, Aiman Nosri

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu syarikat itu, Aiman Nosri, 27, yang dibunuh dalam kereta miliknya di tempat meletak kenderaan di Taman Selayang Makmur, dekat sini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang kuat bekerja dan merupakan seorang pemandu yang menunjukkan prestasi cemerlang selain menerima banyak maklum balas baik daripada para penumpang.

Kata syarikat itu, seluruh ahli keluarganya sentiasa berada dalam doa dan diingati syarikat selain berusaha untuk membantu apa yang terdaya pada waktu ini.

“Bagi pihak Polis Diraja Malaysia dan Grab Malaysia, kami memohon sesiapa sahaja supaya tidak sesuka hati berkongsi data peribadi berhubung Allahyarham di dalam media sosial atau membuat spekulasi serta menyebarkan khabar angin berhubung kejadian itu.

“Kami mahu menghormati perasaan keluarga selain siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Setelah dua hari dilaporkan hilang, mayat Aiman ditemukan dipercayai dibunuh di dalam kereta miliknya di tempat meletak kenderaan di Taman Selayang Makmur, dekat sini semalam.

Mayat pemandu yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemukan kira-kira pukul 8.20 malam dalam keadaan tertiarap di tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi miliknya. – UTUSAN

One thought on “Grab Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Pemandu Grab, Aiman Nosri

  • June 25, 2018 at 1:59 am
    Permalink

    alfatihah buat allahyarham …tahziah buat keluarga nya…. sedih geram sakit hati dgn kejadian ini… apakah salah sampaikan diperlakukan begitu….apakah negara ini tidak selamat kah… setan betul sapa yg bunuh… insyallah jika betul dibunuh…semoga allah swt tunjukan sapa pembunuhnya….mudah2an pembunuh tak senang duduk selama hidup dia.. moga dpt dibuktikan sapa pesalah ini..kita berdoa sama2 ….apakah dosanya sehinggakan diperlakukan sedemikian rupa….ahh zalim kejam sungguh …. kita mahu hidup aman damai bukan begini….sapa2 ada bukti tolonglah bantu pihak berkuasa agar dpt ditangkap pelaku ini….insyallah tak kemana pun nak lari….. kecewa sedih….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.