Dr Asyraf Wajdi Menang Tanding Ketua Pemuda UMNO

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipilih sebagai ketua Pemuda Umno yang baharu, manakala Datuk Zahida Zarik Khan disahkan mengetuai pergerakan Puteri.

Perkara tersebut diumumkan menerusi akaun Twitter pemantau Umno 2018 @PemilihanUmno2018 pada tengah hari Ahad.

“Secara rasminya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang baru buat penggal 2018-2021,” menurut kenyataan itu.

Asyraf menewaskan pencabarnya, Senator Khairul Azwan Harun, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Berdasarkan keputusan setakat 12.30 tengah hari, Asyraf memperoleh 65 undi, Khairul Azwan (62), Mohd Shahar (51) dan Jamal (2).

Sementara itu, Zahida menang dalam saingan satu lawan satu dengan Nor Hazreena Mohamad Hashim untuk memimpin sayap itu bagi penggal 2018-2021.

Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan itu sebelum ini merupakan Naib Ketua Puteri.

Perwakilan daripada 191 Bahagian Umno menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti itu, dengan didahului mesyuarat perwakilan bermula pagi Sabtu. – mstar

One thought on “Dr Asyraf Wajdi Menang Tanding Ketua Pemuda UMNO

  • June 26, 2018 at 1:50 pm
    Permalink

    tak jadi apa pun… umno dah rosak hancur musnah……..muak meluat…. makin merudum …. tak yah lah nak baiki dah rosak teruk dah…… hancur musnah,,,,derai bak debu…… rosak dah…. rakyat tak simpati pun…..buang masa jer…layan korang ni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.