Tertimbus Dalam Tanah

Kira-kira 100 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sichuan, wilayah di barat daya China awal pagi hari ini.

Menurut Agensi, Pegawai tempatan berkata, kira-kira 40 rumah di Kampung Xinmo tertimbus selepas bahagian tepi gunung di kawasan itu runtuh.

Sehubungan itu, ia juga menyebabkan sungai sepanjang dua kilometer tersekat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, pihak berkuasa berkata, pasukan bantuan ‘€˜bencana geologi kelas pertama’€™ sudah dikerah ke kawasan terbabit.

Bagaimanapun, kerosakan keseluruhan akibat bencana itu masih belum jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.