Syatilla Anggap Gurauan Peminat

PELAKON Syatilla Melvin tidak menganggap perbuatan netizen di laman sosial mempertikaikan nama anak lelakinya Syerivsamheizy sebagai perkara yang serius.

Syatilla yang juga isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam berkata, dia percaya ia hanyalah gurauan daripada netizen yang mengikuti aktiviti mereka di laman sosial.

“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

“Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya.

Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syerivsamheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” katanya.

Syatilla melahirkan Syerivsamheizy pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

Ditanya reaksi Sam mengenai perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu mengenainya.

“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama yang beri komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.