Rakyat Malaysia Tak Terbabit Insiden Bom Mekah

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidilharam di Makkah pada Jumaat yang mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, kementerian itu berkata, ia akan memantau situasi berkenaan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati pengganas di Makkah…serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan.

“Malaysia juga merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaansertarakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terbabitdalam serangan ini, kata kenyataan itu.

Media melaporkankejadian itu berlaku-kira-kira 1.5 kilometer dari Masjidilharam.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di talian 00966126727740 atau 00966126728019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.