Pyongyang Tuduh Trump ‘Gila’

SEOUL – Korea Utara menggelar Presiden Donald Trump seorang ‘psikopat’ ketika ketegangan memuncak susulan kematian pelajar Amerika Syarikat (AS) Otto Warmbier.

Menurut AFP, akhbar rasmi Pyongyang, Rodong Sinmun berkata, Presiden AS itu berada dalam ‘situasi sukar’ di tanah air dan mendakwa beliau sengaja menimbulkan idea menyerang Korea Utara bagi mengalih perhatian daripada krisis politik domestik, lapor BH.

“Korea Selatan perlu sedar bahawa mengikuti jejak langkah Trump yang psikopat (gila) hanya menjurus kepada bencana,” kata tulisan pengarang akhbar itu.

Siri ujian atom dan pelancaran peluru berpandu tahun lalu memuncakkan lagi ketegangan di semenanjung Korea dan kematian Warmbier memburukkan lagi hubungan antara Pyongyang dan Washington.

Trump menyelar ‘rejim kejam’ di Pyongyang dan berkata, beliau bertekad’mencegah tragedi seperti itu daripada berlaku ke atas individu tidak bersalah di tangan rejim yang tidak menghormati undang-undang atau kesopanan manusia.

Kata-katanya disokong Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In, yang berkata Korea Utara bertanggungjawab atas kematian pelajar terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.