Polis Adakan ‘Coffee Break’ Elak Pemandu Mengantuk

GUA MUSANG  -Dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan kali ini, polis Gua Musang mengadakan program ‘Coffee Break’ malam tadi bagi membantu pemandu menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata sebanyak 5,000 cawan kopi telah diagihkan kepada pemandu yang melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang sejak 11 malam di Hentian Gua Musang di Tanah Puteh.

Inisiatif mengagihkan minuman kopi itu menjadi usaha polis Gua Musang setiap kali musim perayaan tiba sekali gus memberi mesej supaya pengguna dapat menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya dan selamat tiba di destinasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.