Permainan Baru Remaja, Jahit Kulit Sendiri

Macam-macam perkara gila yang dilakukan oleh remaja dengan yang terbaru berlaku di China apabila remaja di situ menjahit kulit mereka sendiri.

Kegilaan berkenaan tersebar menerusi media sosial dengan jahitan bercorak itu dilakukan di tangan, kaki dan mulut.

Ia dipercayai ditiru daripada kartun Jepun yang telah diharamkan.

Setakat ini, seorang remaja telah ditangkap kerana menggalakkan individu lain meniru aksi berbahaya dan gila itu, demikian menurut laman Sina Weibo.

Pada masa lalu, menjahit mulut merupakan satu bentuk bantahan oleh aktivis di negara ini namun dalam kes ini, ia adalah berbeza.

Apa yang dilakukan remaja itu hanyalah semata-mata sebagai satu cabaran untuk mencederakan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.