Neymar Hantar Mesej Sokongan Buat Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo terus menerima sokongan daripada pelbagai pihak selepas didakwa atas pertuduhan cuba mengelak cukai hasil pendapatan hak imejnya.

Terbaru, media Sepanyol melaporkan, penyerang Barcelone, Neymar yang berdepan pertuduhan sama awal tahun ini menghantar pesanan berbaur sokongan kepada Ronaldo menerusi aplikasi WhatsApp, lapor mStar.

Kecewa dengan dakwaan itu, Ronaldo meluahkan hasrat untuk berpindah ke saingan Liga Perdana Inggeris selepas tidak mendapat sokongan daripada kelabnya, Real Madrid.

Namun, Presiden Real Fiorentino Perez mengeluarkan kenyataan menyokong pemain bintang itu.

“Cristiano masih ada kontrak dan dia merupakan pemain Real Madrid. Kali terakhir saya berbual dengan Cristiano ketika di Cardiff selepas perlawanan. Kes melibatkan pihak berkuasa cukai berlaku selepas perlawanan itu.

“Keadaan ini amat pelik. Cristiano lelaki yang baik. Saya akan bercakap dengan Cristiano dan lihat apa yang akan berlaku,” kata Perez.

Buat masa ini, Cristiano kelihatan cuba untuk melupakan isu tersebut dan fokus dalam kempen Piala Konfederasi bersama Portugal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.