Netizen Tak Puas Hati, Sifatkan Tiada Potongan Jualan Di Jakel


Potongan terakhir bagi sambutan hari raya di Jakel mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu video yang dimuat naik sebuah portal menyaksikan tawaran gedung pakaian popular itu diserbu pengunjung yang sudah menunggu di luar sebelum ia dibuka.

Sementara itu menerusi komen yang ditinggalkan netizen segelintirnya ada yang memuji dengan tawaran itu namun sebahagiannya tidak menyesal biarpun tidak berkunjung ke gedung pakaian itu.

“Hurmm happy hour lah sangat..member aku beli baju melayu sepasang siap sampin…2 bulan lepas…same je dengan harga dia cakap murah gila-gila tu..pandai diaornag buat marketing,”tulis Syazwani.

Sementara itu, Diel La menulis, “Tak ada yang special pun jakel ni.. Harga tak padan demgan kualiti.. tak menyesal pun tak pergi.. Sian orang jauh-jauh yang siap buat rombongan semangat nak beli konon murah gila tu sudahnya ke jalan tar jugak la.. Boleh dapat kain yang sedap selesa lagi”.-SuaraTV


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.