Neelofa Bimbang Kontroversi Ganggu Keharmonian Rumah Tangga Alif Satar

KUALA LUMPUR — Bakal memasuki set penggambaran drama bersama pelakon Alif Satar bulan depan, Neelofa berharap tiada kontroversi timbul antara mereka berdua.

Menurut Neelofa, 28, berkata walau kagum dengan lakonan Alif namun kontroversi dibimbangi mengganggu keharmonian rumah tangga penyanyi Jangan Nakal.

“Ketika menerima tawaran membintangi Suri Hati Mr Pilot, saya banyak merujuk kepada Alif kerana tertarik dengan lakonannya yang bersahaja dalam Dia Semanis Honey.

“Apabila penggambaran Suri Hati Mr Pilot hampir berakhir, saya pernah memberitahu pengarah Michael Ang, saya ingin berlakon bersama Alif.

“Tidak sangka impian saya itu menjadi kenyataan,” katanya, seperti memetik BH.

Pengacara MeleTop akan bergandingan bersama Alif menerusi drama Red Velvet yang akan memulakan penggambaran 10 Julai ini.

Drama yang bakal menjalani penggambaran di Korea Selatan itu bakal menemui penonton September ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.