Minyak Petrol Percuma Dirasai lebih 1,500 penunggang motosikal

KUALA LUMPUR – Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi keceriaan kepada lebih 1,500 penunggang motosikal sekitar Parlimen Setiawangsa apabila menerima sumbangan minyak petrol percuma.

Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, program itu merupakan inisiatifnya bagi membantu meringankan beban dan mendekati penduduk setempat.

“Program ini julung kali diadakan bagi mengisi petrol percuma kepada penunggang motosikal bermula pukul 10 hingga 12 tengah malam ini. Saya berharap mereka yang pulang ke kampung halaman mematuhi peraturan jalan raya supaya selamat sampai ke destinasi.

“Saya bercadang meneruskan program ini pada masa akan datang sekiranya ada keperluan dalam usaha meringankan beban mereka. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita dalam Program Jom Balik Kampung, Petrol Percuma Untuk Penunggang Motosikal di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.