Malaysia Kutuk Serangan Bom Bunuh Diri Di Mekah


KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri berhampiran Masjidil Haram di Mekah semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Insiden itu dilapor mencederakan 11 orang termasuk 5 pegawai polis Arab Saudi.

Najib memanjangkan ucapan takziah kepada kerajaan Arab Saudi, rakyat dan keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Tanah Suci umat Islam, takziah kepada kerajaan Arab Saudi, rakyat dan keluarga mangsa yang terlibat,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitternya.

Najib berkata beliau kecewa dan sedih apabila mendapat tahu tentang kejadian itu namun bersyukur tiada rakyat Malaysia cedera. – BERNAMA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.