Luna Maya Tak Mahu Jolokan ‘Ratu Horror’

Aktres jelita Luna Maya enggan menerima tawaran membintangi filem seram kerana tidak mahu dirinya dikenali dengan jolokan ‘ratu horror’.

Sebelum ini pelakon itu telah beberapa kali bermain dalam film seram seperti Bangsal 13 dan Hi5teria.

Terbaharu dia bakal muncul menerusi satu lagi filem seram, The Doll 2 yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia mulai 20 Julai depan.

“Untuk saat ini kayaknya enggak dulu deh (terima tawaran film horor). Nanti imej aku dibilang ratu horor lagi.

“Jadi ambil tawaran sedikit-sedikit aja dan yang bagus aja ceritanya. Kecuali nanti ada filem lanjutannya ‘The Doll 2’ dan aku harus ikut tampil. Tapi kayaknya sih nggak akan ada,” katanya seperti yang dilaporkan WowKeren.com, seperti memetik MD.

Sehubungan itu, The Doll 2 mengangkat kisah misteri patung Sabrina. Filem ini tentang sepasang suami isteri (Junot dan Luna) yang kematian anak perempuan mereka akibat kemalangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.