Lelaki Berlakon Sawan 2 Jam Elak Ditahan

KUALA LUMPUR — Lakonan seorang lelaki yang berpura-pura diserang sawan tidak menjadi apabila taktik itu sudah diketahui pihak berkuasa.

Pengedar dadah itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Bangsar di sini kelmarin selepas sering didapati positif dadah, lapor Metro.

Sumber Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata lelaki berkenaan pernah melakonkan adegan itu selama dua jam namun disahksan sihat oleh pegawai perubatan.

Dalam sekatan jalan itu, lelaki berkenaan dilaporkan tidak memiliki lesen memandu dan menunggang motosikal dengan cukai jalan tamat tempoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.