Lady Gaga Dilihat Bersama Kekasih Baru

PENYANYI Lady Gaga kembali mencuri perhatian apabila dikhabarkan keluar dengan seorang lelaki yang dipercayai kekasih baharunya.

Lady Gaga yang putus dengan tunangannya Taylor Kinney, dikatakan kini sedang bahagia dengan jejaka bernama Christian Carino yang berusia 48 tahun.

Lelaki tersebut sudah mempunyai nama besar dalam industri hiburan Hollywood.

Terbaharu gambar-gambar mesra pasangan ini berjaya dirakam ketika sedang bercuti di kawasan The Hamptons, New York.

Gaga dan Christian kelihatan berjalan-jalan santai sambil menghabiskan masa bersama. Kedua-dua mereka bahagia biarpun jarak usia 17 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.