Kebakaran Menara Grenfell Berpunca Peti Sejuk Beku

LONDON – Kebakaran yang memusnahkan bangunan kediaman, Menara Grenfell, di ibu kota ini sehingga meragut sekurang-kurangnya 79 nyawa berpunca daripada peti sejuk beku jenama Hotpoint.

Menurut Reuters, Detektif Superintendan Polis, Fiona McCormack, berkata pengilang kini sedang menjalankan ujian lanjut ke atas model peti sejuk beku Hotpoint FF175BP itu, lapor BH.

Sehubungan itu, polis berkata, kedua-dua penebat dan jubin yang menyaluti blok menara kediaman itu juga gagal melepasi semua pemeriksaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata, mereka mempertimbangkan tuduhan jenayah dalam kes itu, termasuk menyebabkan kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.