Janji Dapat Sampai Kampung

Laluan Kalimalang dikatakan menjadi pilihan pengguna motosikal untuk pulang ke desa sempena Aidilfitri.

Mengikut tinjauan Otomania, laluan berkenaan sudah mula sesak dengan pengguna jalan raya yang membawa pelbagai barang menuju ke kampung halaman.

Malah, tinjauan mendapati jumlah kenderaan beroda dua semakin padat pada kira-kira 5 petang, semalam, lapor Metro.

Jumlah kenderaan dijangka bertambah menuju Bekasi dan dijangka lebih padat pada hari ini.

Bagaimanapun, kebanyakan pengguna jalan raya lebih gemar untuk pulang ke kampung lebih awal kerana ingin menghindari kesasakan teruk.

“Saya bertolak lebih awal kerana kesesakan lalu-lintas dijangka lebih teruk pada Jumaat. Apa yang penting dapat melepasi Bekasi, Cikampek, yang kebiasaannya sesak teruk,” kata Darto dari Tanjung Priok.

Selain itu, tinjauan turut mendapati ada penunggang membawa dua pembonceng sekaligus dan paling ketara membawa anak berusia bawah 10 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.