Imej Neymar Ala Romeo Putus Cinta Curi Perhatian

Baru-baru ini, bintang bola sepak, Neymar mencuri tumpuan peminat selepas tampil dengan gaya rambut ala-romeo setelah putus cinta.

Menurut Mail Online, bintang Barcelona membuat penampilan pada acara lelongan amal pada Khamis malam di Institut Neymar Jr, Sao Paolo, lapor mStar.

Lelongan tersebut adalah bagi mencari dana buat yayasan penyerang itu dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan di negara kelahirannya, Brazil.

Sehubungan itu, pada majlis itu, Neymar menunjukkan gaya rambut kerinting yang berbeza dengan gaya rambut sebelum ini.

Dalam pada itu, menurut Neymar wartawan bahawa dia sudah berpisah dengan teman wanitanya yang merupakan seorang pelakon, Bruna Marquezine.

Katanya: “Saya tak mahu bercakap hal peribadi, tapi benar kami sudah berpisah. Ini adalah keputusan kedua-dua pihak.”

“Saya amat mengagumi Bruna dan saya berharap dia gembira. Hidup perlu diteruskan kerana semua ini sebahagian daripadanya. Kami akhiri hubungan sebagai kawan baik.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.