Hukuman Penjara Messi Diganti Denda RM1.08j

MADRID – Pihak pendakwa raya Sepanyol bersedia untuk menggantikan hukuman penjara 21 bulan ke atas Lionel Messi dengan denda 225,000 euro (RM1.08 juta). Bintang bola sepak Argentina dan Barcelona itu dijatuhkan hukuman berkenaan oleh mahkamah Catalan di atas kesalahan memalsukan cukai.

Menurut Reuters, Messi dan bapanya Jorge didapati bersalah Julai lalu di atas tiga dakwaan pemalsuan cukai antara tahun 2007 dan 2009 membabitkan 4.1 juta euro (RM19.6 juta) berkaitan hak imej dan juga didenda 2 juta euro (RM9.6 juta), lapor BH.

Mei lalu, Mahkamah Tinggi Sepanyol menolak rayuan Messi sekali gus hukuman penjara 21 bulan ke atasnya oleh mahkamah Catalan kekal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.