Fasha Sandha Bengang Dengan Suami Pelakon Ini?

JIKA melibatkan anak, ibu mana yang tidak meradang apabila si kecil itu tercalar atau terlebam sedikit selepas pulang daripada mana-mana tempat yang disangka selamat dan terlindung.

Itulah dirasakan olah pelakon Fasha Sandha selepas mendapat tahu anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma cedera sedikit di bahagian mata selepas diambil daripada rumah bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

sekembalinya daripada rumah bapa sendiri:

Namun, bukan semua yang senang melihat posting Fasha. Seperti biasa, netizen bergaduh sesama sendiri di ruangan komen dan masing-masing bertelagah mempertahankan pihak yang dirasakan benar dalam hal itu.

Dalam pada itu, kebetulan pula suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz turut memuat naik status di Insta Story yang seakan-akan ‘menyerang’ tindakan Fasha yang seperti hendak memburukkan Jejai.

Maklumlah lelaki tersebut sebenarnya juga merupakan rakan baiknya dan bekas suami kepada Nora sendiri. Haa, nampak tak pusingan tu?

‘Bengang’ dengan apa yang dianggap serangan peribadi oleh Nedim itu, Fasha pun membalas dendam dengan memuat naik Insta Story berkaitan posting terdahulu lelaki itu.

Kelakar pun ada melihat selebriti gaduh-gaduh manja di media sosial ni. Apa-apa pun berbaik-baik sahajalah kerana industri hiburan Malaysia ni kecil sangat, pusing-pusing jumpa orang sama juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.