Demi Ibu Remaja Ini Sanggup Lakukan Pembedahan Tetapi Akhirnya Membawa Maut Pada Dirinya

SEORANG remaja perempuan yang ditinggalkan oleh ibunya selepas dilahirkan cacat dilaporkan meninggal dunia ketika membuat pembedahan plastik.

Menurut portal berita Mirror, remaja malang sanggup itu berbuat demikian demi memenangi hati keluarga kandungnya agar diterima untuk hidup bersama mereka.

Katya Badaeva (gambar) bersetuju untuk menjalani pembedahan menukar penampilannya selepas bertemu semula dengan ibunya menerusi sebuah rancangan realiti televisyen di Rusia.

Ibu Katya memberitahunya, dia akan mengambil kembali remaja itu sekiranya anaknya itu membuat pembedahan untuk mendapatkan wajah yang normal.

 

Katya yang terdesak untuk memiliki sebuah keluarga seperti remaja lain bersetuju untuk melakukan beberapa pembedahan, namun malangnya bertemu maut ketika menjalani pembedahan terakhirnya.

Polis telah menjalankan siasatan berkaitan kematiannya dan prosedur bedah siasat yang lanjut telah dirancang.

Katya dibesarkan di sebuah rumah anak yatim di Azovsk, Rusia selepas ditinggalkan ibunya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.