Cubaan Pengganas Sasar Serang Masjidil Haram Berjaya Dipatahkan

Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya menumpaskan cubaan serangan pengganas yang mensasarkan Masjidil Haram di Mekah, menurut Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour Al-Turki.

Insiden berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

Menurut Mansour, serangan itu dirancang oleh tiga kumpulan pengganas dengan dua berpengkalan di Mekah dan satu lagi di Jeddah, lapor Saudigazette.com.

Seorang suspek, yang bersembunyi di sebuah bangunan di Ajyad, di sekitar Masjidil Haram telah meletupkan diri selepas enggan menyerah diri.

“Dia mula menembak ke arah anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Tembakan berlaku sebelum dia meletupkan diri,” kata Mansour.

Letupan itu mengakibatkan sebahagian bangunan tiga tingkat berkenaan roboh.

11 orang termasuk enam jemaah asing cedera dalam insiden berkenaan.

Susulan itu, lima orang termasuk seorang wanita telah ditangkap. Identiti mereka tidak didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.