‘Amah’ Tiada Bilik, Dibiarkan Tidur Diluar Rumah


Seorang majikan didakwa bertindak kejam ke atas pembantu rumahnya menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian Facebook ‘Filipinos in Singapore’, memperlihatkan gambar rakan pembantu rumah tersebut dibiarkan tidur di luar rumah.

Difahamkan, majikan tersebut sedang bercuti ke luar negara dan membiarkan pembantu rumahnya tidur di luar.

Bersimpati dengan nasib rakan sejawatnya itu, Ashley Camaro Baccay, kemudian merakam gambar keadaan pembantu rumah terbabit.

‘Saya kasihan dengan jiran saya di kondominium Makena ini. Majikannya pergi bercuti dan tidak membenarkan pembantu rumahnya tinggal di dalam rumah.

“Majikan mengarahkan pembantu rumahnya tinggal di tempat yang lain secara percuma asalkan mereka tidak perlu membayar kos penginapannya. Malah majikannya turut memberi sedikit makanan. Dia langsung tak ada bilik sendiri,” tulisnya.

Sehubungan itu, menurut Ashley, disebabkan kes-kes seperti ini yang menyebabkan ramai pembantu rumah merasa tekanan yang melampau.

“Majikan yang jahat dan tidak berhati perut serta tidak prihatin menjadi punca mengapa ramai pekerja asing di negara ini mengambil keputusan untuk bunuh diri,” tulisnya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.