PM Sedih Kes Kanak-Kanak Cedera Akibat Mercun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kes seorang kanak-kanak di Klang yang cedera akibat bermain mercun sebagai amat menyedihkan.

 

“Berita ini menyedihkan saya. Anak-anak kecil cedera akibat mercun. (Moga) Allah ringankan penderitaan mereka, lindungi mereka,” katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter hari ini.

 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hancur pergelangan tangan kiri dan melecur di bahagian dada selepas terkena mercun jenis ‘A-Boom’ dalam kejadian di Taman Mutiara, Tanjung Sepat, Banting.

 

Dalam kejadian 8 malam kelmarin, Mohd Azman Syakir Mohd Saizi dipercayai bermain mercun bersama rakan-rakannya sebelum mercun yang dicucuhnya itu meletup mengenai tangan serta badan mangsa. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.