Mercun Untuk Halau Monyet Cederakan Tangan Cucu

KUALA LANGAT – “Saya memang ada simpan mercun dalam rumah untuk halau monyet. Tapi, saya tak tahu macam mana mercun itu boleh berada di tangan cucu,” kata Osman Hamid, 75, datuk kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menjadi mangsa pertama mercun pada Ramadan kali ini.

 

Dalam kejadian itu, beberapa jari kiri Muhd Azman Syakir Muhd Saizi hancur terkena mercun ketika bermain di hadapan rumahnya di Kampung Tanjung Sepat di sini.

 

Osman berkata, mercun miliknya disimpan di dalam bilik, malah cucunya itu mengetahui tempat dia menyimpannya.

 

Menurutnya, dia melarang cucunya supaya tidak mengambil serta bermain mercun berkenaan.

 

Datuk kepada mangsa bermain mercun, Osman Hamid, 75, menunjukkan lokasi kejadian dimana cucunya, Muhd Azman Syakir Mohd Saizi, yang mengalami kecederaan parah apabila jari jemari tangan sebelah kiri hancur akibat bermain mercun bersama rakan di Kampung Tanjung Sepat, Banting. STR/Faiz Anuar

 

“Sudah banyak kali saya beritahu dia, jangan ambil atau main dengan mercun. Saya hanya gunakan ia untuk menghalau dan menakutkan monyet yang cuba menceroboh rumah.

 

“Dia (cucu) faham larangan saya dan patuh dengan larangan itu. Dia tidak pernah mengambil mercun itu untuk bermain,” katanya.

 

Katanya, difahamkan mercun berkenaan berwarna merah dan dianggarkan sebesar jari kelingking.

 

Osman berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa cucunya selepas tiba ke rumah dari kedai. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.