Kru Kapal Mt Orkim Harmony Pulang Ke Rumah

KUANTAN – Semua kru kapal Mt Orkim Harmony yang melalui detik cemas dirompak sekumpulan lanun sudah pulang ke rumah masing-masing bermula pagi semalam.

 

Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia(APMM, Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, kru terbabit diganti dengan anak kapal lain yang akan mengambil alih tugas memindahkan minyak ron95 dalam kapal ke Pelabuhan Kuantan, dekat sini, sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditetapkan.

 

Tinjauan di kapal berkenaan mendapati tulisan Orkim Harmony yang dipadam oleh lanun sebelum ini sudah dicat semula.

 

Namun masih terdapat kesan cermin tingkap yang dipecah lanun di bilik kawalan selain kabel kamera litar tertutup(CCTV) yang dipotong bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.