Korban Cuaca Panas Di Karachi Meningkat

Korban akan cuaca panas di selatan Pakistan kini meningkat kepada lebih 460 orang dalam masa tiga hari menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan darurat.

 

Jumlah kematian di Karachi yang berpenduduk 20 juta orang, paling teruk terjejas dengan suhu mencapai 45 darjah selsius kira-kira 450 orang manakala 10 orang lagi mati di wilayah Sindh.

 

Hari ini, pegawai kanan kesihatan di Karachi, Sabir Memon, berkata sebahagian besar yang mati itu akibat stroke cuaca panas sejak tiga hari lalu.

 

Seorang doktor di hospital terbesar di Karachi, Semi Jamali, berkata pihaknya sudah merawat lebih 3,000 pesakit.

 

Pertubuhan kebajikan terbesar Pakistan, Pertubuhan Kebajikan Edhi, menyatakan dua masjidnya menerima lebih 400 mayat untuk diuruskan pengebumian sejak tiga hari lalu.

 

Pejabat Meteorologi Karachi menyatakan suhi di bandar raya itu kekal sekitar 44.5 darjah selsius hari ini.

 

Kerajaan mengisytiharkan cuti hari ini bagi menggalakkan orang ramai berada di rumah kerana sebahagian besar mangsa yang mati, bekerja di luar.

 

Ulama terkenan Pakistan, Tahir Ashrafi, berkata mereka yang berisiko dengan cuaca panas itu, terutama di Karachi dibolehkan tidak berpuasa.

 

“Islam sudah menetapkan syarat puasa, malah disebut dalam al-Quran, mereka yang sakit dan pengembara yang tidak mampu boleh menangguhkannya dan mereka yang lemah, tua serta berisiko sakit dibenarkan tidak berpuasa,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.