Isu Mara Inc Tidak Mengejutkan

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini menegaskan syarikat subsidiarinya, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) telah mula disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Audit Mara sejak dua bulan lepas.

 

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses siasatan itu dibuat kerana terdapat beberapa subsidiari Mara, termasuk Mara Inc, tidak mematuhi peraturan.

 

Beliau berkata, tindakan penyiasatan telah pun diambil, walaupun ia tidak khusus kepada hartanah itu.

 

“Ini bukan berita mengejut, Mara sedang ambil tindakan. Laporan The Age hanya memberi maklumat tambahan dan kami akan teruskan mengambil tindakan susulan,” katanya di satu sidang media di Bangunan Mara di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, pihaknya telah meminta Mara Inc untuk menyediakan usul dalam tempoh tujuh hari sebelum Mara membuat mesyuarat.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah oleh Mara di Melbourne, Australia, akan disiasat secara terperinci.

 

Akhbar Australia, ‘The Age’ melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

 

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

 

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa ‘membida lebih tinggi’ bagi bangunan itu dikenali ‘Dudley International House”, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

 

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

 

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.