Husam Musa Digugur Dari Senarai Kepimpinan PAS Kelantan

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.

 

Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

 

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.

 

Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

 

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan.

 

Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu. – M.Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.