Guru KAFA Yang Dipecat Kini Bergelar Guru Besar

SUBANG – Bekas guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee B. Badarul Hisham yang sebelum ini dipecat berikutan tindakannya menuntut Kerajaan Selangor menunaikan janji menaikkan elaun guru KAFA kini telah menjadi seorang guru besar.

 

Menurut laporan portal MalaysiaGazette, pemecatan Ehksan yang dipecat berkuatkuasa 1 Jun lepas itu membuka jalan untuknya menjawat jawatan baru di sekolah agama swasta yang baru beroperasi minggu ini di Subang Mutiara.

 

“Saya diberi kepercayaan pemiliknya sebagai guru besar di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Iman, Subang Mutiara. Amanah yang besar dan tanggungjawab yang berat ini akan saya pikul bersama-sama rakan guru yang lain,” katanya.

 

Berita berkaitan;-

Video: ‘Hina Sangatkah Ustaz Macam Saya Ini?’

 

Menurut beliau lagi, sekolah berkenaan baru beroperasi itu memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai idea, tenaga dan iltizam yang tinggi, justeru itu beliau akan memfokuskan usaha untuk melahirkan dan mencorakkan pelajar yang berguna kepada masyarakat.

 

“Saya akan cuba bermula dari A kerana tiada pengalaman langsung mentadbir sebuah sekolah. Fokus utama adalah melahir dan membina manusia.

 

“Saya meletakkan tiga bulan pertama ini sebagai penanda aras kemampuan saya. Jika gagal, saya akan meletakkan jawatan dengan sendirinya

 

“Saya akan cuba sahut cabaran ini di SRI Al-Iman, Subang Mutiara. Mohon sokongan, dorongan dan doa dari guru-guru, anak murid serta kawan-kawan,” ujarnya.

 

Ekhsan

Ekhsan Bukharee (duduk) bersama salah seorang guru SRI Al Iman di Subang Mutiara baru-baru ini.

 

Dalam pada itu Ekhsan menjelaskan perjuangannya menuntut kenaikan elaun guru-guru KAFA yang lain sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 akan tetap diteruskan sehingga berjaya.

 

Awal April lalu Ekhsan Bukharee dihalang memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika cuba menyampaikan surat menuntut janji kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menaikkan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

 

Susulan kejadian tersebut, guru KAFA Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar itu diberikan surat tunjuk sebab oleh Jabatan Agama islam Selangor (JAIS) diikuti surat pemecatan yang berkuatkuasa 1 Jun lepas. – SuaraTV

2 thoughts on “Guru KAFA Yang Dipecat Kini Bergelar Guru Besar

  • June 25, 2015 at 12:36 am
    Permalink

    Mudah2mudahan anda tak nampak pentingkan duit seratus dua sangat, yang betul2 nak dikejar ialah “duit” di akhirat la ustaz.

    Reply
  • June 25, 2015 at 4:10 pm
    Permalink

    yang dituntut oleh Ustaz Ekhsan Bukharee bukannya wang ringgit, tapi adalah janji PKR.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.