Anwar Fail Semakan Keputusan Lembaga Pengampunan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail serta dua anaknya memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk menyemak keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen pengampunannya.

 

Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu menolak petisyen Anwar supaya dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan hukuman lima tahun penjara terhadapnya kerana didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

Selain Anwar dan Wan Azizah, turut bertindak sebagai pemohon ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

 

Mereka menamakan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

 

Peguam N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili kesemua pemohon memfailkan permohonan kebenaran itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.