Adam Adli Diperintah Bela Diri

Kuala Lumpur – Mahkamah Sesyen memerintahkan aktivis siswa Adam Adli Abd Halim membela diri atas tuduhan hasutan yang dihadapi anak muda itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pendakwaan membuktikan kes prima facie ke atas Adam Adli dan terdapat “unsur hasutan” dalam ucapannya pada 13 Mei tahun lalu.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 22 Julai.

Adam Adli didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ucapan itu didakwa mempunyai kecenderungan bagi mempengaruhi rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.

Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam ucapan tersebut adalah: “Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.

“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada …”

Ekoran kenyataan itu, Adam telah ditahan pada 18 Mei di Bangsar Utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.