YKM santuni keluarga mangsa COVID-19 sempena Pesta Kaamatan

- Advertisement -

Papar, – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) meneruskan tradisi menyantuni keluarga mangsa Covid-19 sempena perayaan bagi menggembirakan mereka yang masih terkesan dengan tragedi akibat pandemik tersebut.

Menjelang sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus di Sabah setiap tahun YKM telah melebarkan program ziarah kasihnya ke Negeri Di Bawah Bayu.

Diketuai oleh Pengerusinya , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, YKM mengunjungi keluarga Puan Arvina Chris Nolvi dari Kampung Kilirip, Kinarut, yang menyambut Pesta Kaamatan bersama empat orang anaknya.

Beliau kehilangan suami, Henry Anak Bisara, akibat jangkitan COVID-19 pada 15 Februari 2022 dan kini bergantung kepada bantuan bulanan daripada YKM untuk menyara kehidupan.

Menurut Ismail Sabri Yaakob yang hadir menyampaikan sumbangan, pendekatan inklusif seperti ini adalah sebahagian komitmen berterusan yayasan dalam memastikan tiada ahli Keluarga Malaysia yang terpinggir, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

“Penerima YKM berada di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan. Setiap kali musim perayaan penting, YKM akan mengadakan ziarah kasih dan menghulurkan sumbangan bagi memastikan setiap penerima dapat menyambutnya dengan kegembiraan bersama seluruh ahli keluarga.

“Ziarah kasih hari ini juga membuktikan komitmen YKM yang tidak pernah mengabaikan mana-mana keluarga yang terkesan akibat COVID-19,” ujar beliau.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri I merangkap Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi.

Bagi YKMI kehadiran mereka sempena sambutan Pesta Kaamatan diharap dapat memberi sedikit kepada keluarga seperti Puan Arvina, sekaligus memperkukuh semangat kebersamaan dan kasih sayang sesama rakyat dalam semangat Keluarga Malaysia.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat