Saya Simpati Baca Luahan Hati Pekerja Kontrak Yang Diberhentikan Kerja – Shahanim

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohammad Yussoff menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menimbangkan semula keputusan untuk memberhentikan 17,000 ribu pekerja kontrak baru-baru ini.

Shahanim melalui satu kenyataan menggesa kerajaan PH untuk mengasihani dan tidak menghukum mereka yang sebelum ini telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

“Saya menyeru kerajaan Pakatan Harapan yang di pimpin oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menimbangkan semula dan memikirkan kaedah yang terbaik untuk membela nasib para kakitangan kerajaan berstatus kontrak yang telah dan akan di berhentikan kerja.

“Atas konsep demokrasi, saya dan rakan-rakan yang lain di dalam Umno, menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum yang lepas dengan hati yang terbuka kerana itu adalah kehendak dan keputusan rakyat.

“Namun janganlah menghukum mereka yang selama ini menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, kasihanilah mereka terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. Suka atau tidak mereka turut berperanan dan menyumbangkan kudrat dan tenaga terhadap sektor awam,” rayunya.

Menurut Shahanim rata-rata mereka yang diberhetikan itu terdiri daripada kakitangan berpendapatn rendah dan sederhana.

Beliau turut menjelaskan mereka yang diberhentikan itu seperti kehilangan arah dan benar-benar tertekan dengan keputusan yang dibuat secara mendadak itu.

“Adalah tidak wajar mereka ini terus diberhentikan kerja di saat umat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dan tidak lama lagi bakal menyambut Aidilfitri yang mulia. Apalah nasib keluarga dan anak-anak mereka kelak?

“Saya insaf dan bersimpati, apabila membaca luahan demi luahan yang di suarakan oleh golongan pekerja yang diberhentikan ini di laman-laman media sosial. Mereka seperti kehilangan arah dan benar-benar tertekan dengan keputusan tersebut yang dibuat secara mendadak.

“Masakan tidak, ada di kalangan mereka yang telah dan bakal menjadi penganggur dengan sekelip mata kerana tiada punca pendapatan lain setiap bulan. Paling menyedihkan bagaimanakah mereka ingin membayar bil, membeli keperluan dan makanan untuk menampung hidup?” soalnya pula.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini turut melahirkan rasa sedih di atas tindakan Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak menyambung kontrak 3,075 penggerak masyarakat di Kelantan, terdiri daripada guru al-Quran.

Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penggerak masyarakat ini ditamatkan kontrak mereka seminggu selepas Kerajaan Persekutuan baharu ditubuhkan.

Katanya beliau memahami dasar Kerajaan Persekutuan namun pada masa yang sama perlu melihat peranan golongan penggerak masyarakat ini yang kebanyakannya merupakan mereka yang berada di bawah garis kemiskinan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.