Ramai Nak Ludah Muka Kakitangan Awam Yang Dipecat – Usop Wilcha

KUALA LUMPUR – Pelakon, Usop Wilcha mendakwa masyarakat sedang menunggu masa untuk meludah para kakitangan awam kontrak yang bakal diberhentikan tidak lama lagi.

Menurut Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai, kakitangan awam yang diserapkan kerana lantikan politik itu sering memperbodohkan rakyat dan berlagak suatu ketika dahulu.

“Sebenarnya (kakitangan awam) yang diserap untuk lantikan politik ini tak perlu risau dengan masalah punca pendapatan (selepas dipecat nanti).

“Sebaliknya kalian kena risau (kerana) ramai kat luar ni (yang) nak ludah muka kamu kerana berlagak dengan sokongan, ‘tengin’ dan membodohkan rakyat.

“Tolonglah muhasabah diri (kerana) ia merupakan salah anda sendiri,” ujarnya di laman Twitter sebentar tadi.

Usop yang juga merupakan aktivis politik Pakatan Harapan bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan itu.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini memutuskan akan menamatkan kontrak perkhidmatan 17,000 kakitangan lantikan politik bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata keputusan ini dibuat bagi mengelakkan pembaziran.

Walau bagaimanapun, tegas Tun Mahathir, pekerja kontrak yang bergaji rendah seperti pemandu akan diselamatkan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.