Mauritius Negara Paling Aman

WASHINGTON – Kumpulan pemikir Amerika Syarikat menerusi laporan terkini Indeks Negara Rapuh meletakkan Mauritius sebagai sebuah negara di Lautan Hindi paling aman di Afrika.

Menurut laporan tahunan dikeluarkan sejak 2005 itu turut meletakkan Mauritius antara negara kurang lemah dan berada di kedudukan 148 negara paling aman di dunia.

Sehubungan itu, Mauritius terkenal dengan keindahan pantai, lagun dan terumbu selain mempunyai kawasan pergunungan antaranya Taman Negara Black River Gorges, hutan hujan, air terjun, laluan mendaki dan pelbagai jenis hidupan liar seperti keluang.

Selain itu, bandar Port Louis mempunyai taman-taman indah termasuk trek kuda di Champs de Mars, rumah ladang Eureka dan Taman Botani abad ke-18 Sir Seewoosagur Ramgoolam.

Sementara itu, negara Seychelles, Botswana, Ghana, Cape Verde, Namibia, Sao Tome dan Principe, Afrika Selatan, Gabon dan Tunisia pula masing-masing di kedudukan ke-125, 120, 108, 106, 103, 97, 96, 91 dan 89 di dunia.

Bagaimanapun, kebanyakan negara Afrika dianggap kurang stabil daripada aspek politik, ekonomi dan demografi sosial.

Terdahulu, Negara paling lemah di Afrika pula ialah Selatan Sudan diikuti Somalia, Afrika Tengah, Sudan, Congo, Chad, Guinea, Nigeria, Zimbabwe dan Ethiopia.

Negara paling stabil di peringkat dunia ialah Finland disusuli Norway, Switzerland, Denmark dan Ireland.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!