Gadis Nama Panjang, Ada Dua Kad Pengenalan

Sharifah Nur’Insyirah Saifuddin Shah, 25, sering berdepan masalah terutama melibatkan urusan rasmi kerana memiliki dua kad pengenalan.

Perkara itu disebabkan namanya terlalu panjang dan ruang tempat nama terhad pada kad pengenalan.

“Memang betul saya ada dua pengenalan diri kerana nama saya agak panjang.

“Jadi kad pengenalan saya hanya ada nama saya tanpa nama bapa,” katanya lapor Sinar.

Nur’Insyirah kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia.

“Saya selalu berdepan masalah kalau ada urusan rasmi termasuk Jabatan Imigresen, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di Rusia.

“Malah ketika menduduki peperiksaan di sekolah rendah lagi saya perlu isi dua borang kerana ruang nama tidak cukup dan saya perlukan masa lama untuk selesaikan setiap urusan,” tambah gadis yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu.

Bagaimanapun, selepas habis pengajian di Rusia, gadis itu akan menukar kad pengenalan baharu yang mempunyai ruang nama lebih panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.