PM Zahir Simpati Pada Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa simpati kepada penduduk Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah yang menjadi mangsa kebakaran pagi semalam.

 

Perdana Menteri berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab akan membantu penduduk terbabit dalam kebakaran itu, termasuk menyediakan penempatan sementara kepada mangsa.

 

“Kebakaran sehingga menyebabkan kira-kira 250 rumah hangus di Kampung Landung Ayang, Kudat, pada pagi semalam sangat menyedihkan.

 

“Kerajaan bersimpati dengan kehilangan harta peribadi penduduk Kampung Landung Ayang. Bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang terbabit akan dipertimbangkan,” katanya dalam laman Facebook, hari ini.

 

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.50 pagi semalam itu membabitkan lebih 1,000 orang yang tinggal di 250 rumah di Kampung Landung Ayang.

 

Insiden itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin, selain kedudukan rumah yang rapat serta diperbuat daripada papan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.